Pokok
perah atau dipanggil juga peroh mengikut dialek tempat masing-masing
menghasilkan biji buah perah. Biji perah sedap dimakan dan mendapat permintaan
tinggi di kalangan penggemarnya.
Pokok perah termasuk kategori nadir dan natif.
Pokok perah tumbuh secara meliar di hutan-hutan di negara kita.
Pada masa dahulu, pokok perah cukup terkenal disebabkan bijinya dicari atau dikutip untuk dijadikan makanan. Sebab itu, banyak tempat menggunakan nama 'perah'.
Memandangkan pokok perah banyak tumbuh di kawasan hutan atau berbukit, maka banyak bukit dipanggil dengan nama Bukit Perah dan sekaligus menjadi nama kampung itu.

Ada juga menggunakan nama lubuk atau padang menggambarkan di situ
terdapat banyak buah perah. Maka wujudlah nama Lubuk Perah dan Padang Perah di
beberapa tempat.
Dengan kata lain, nama buah atau biji perah terkenal pada masa dahulu. Sebab itu, orang tua kita akan menceritakan tentang pengalaman mengutip dan makan buah perah.
Dengan kata lain, nama buah atau biji perah terkenal pada masa dahulu. Sebab itu, orang tua kita akan menceritakan tentang pengalaman mengutip dan makan buah perah.
Dan, sekarang ini buah perah mula dikenali generasi sekarang
melalui cerita tular di media sosial dan akhbar. Namun, begitu buah perah kini
semakin sukar ditemui disebabkan pokok perah sudah banyak ditebang.
Buah
perah yang matang akan meletup dan luruh dengan sendirinya. Ketika meletup akan
mengeluarkan bunyi letupan kecil.
Keadaan buah perah seperti buah getah yang
akan meletup dan mencampakkan bijinya bersama-sama kulit luar dan bijinya jatuh
ke tanah. Setiap buah perah akan mengeluarkan dua hingga empat biji perah dalam
satu kulit.
Pokok
perah tergolong dalam kategori buah bermusim sekali setahun. Nak tahu musim
perah adalah sama dengan musim daun getah luruh. Ketika itu jugalah buah getah
akan meletup gugur.
Buah
perah matang ketika musim panas. Cuaca panas membantu buah perah meletup dan
mengeluarkan bijinya.
Memandangkan
kebanyakan pokok perah tumbuh dalam hutan yang kawasan tanahnya tidak dimiliki
sesiapa, jadi buah itu milik sesiapa sahaja yang mengutipnya.
Sebab itu,
penduduk kampung akan masuk ke hutan atau kawasan pokok perah bersama bekal
makanan dari pagi hingga ke petang untuk mengutip biji perah. Kalau tidak
ditunggu, akan ada orang lain terlebih awal memunggutnya. Keadaan meriah
seperti tempat berkelah.
Mencari
biji perah sebenar tidak bezanya dengan mereka yang biasa mencari biji getah.
Jika kedudukan pokok perah di dalam hutan tebal, hendak mencarinya agak susah
kerana terselit atau tertutup di bawah daun.
Kalau nak cari buah peroh kena
kais dengan ranting kayu baru jumpa sebab banyak terdapat di bawah daun-daun
kering yang luruh.
Buah
perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil
kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya
pejal dan keras berwarna putih.
Biji perah boleh dimakan secara rebus atau jeruk dan dijadikan ulam bersama nasi atau pun sebagai kudapan. Tapi lagi sedap buat jeruk dengan petai berbanding direbus kerana rasanya yang berbeza. Kalau rebus, tawar sikit tapi kalau dijeruk dengan petai, rasanya sempurna, ada rasa masam masin.

Cara
membuatnya juga agak rumit kerana setelah selesai direbus lebih kurang 30
minit, buah itu akan direndam semalaman dengan air biasa sehingga naik
buih.
Kemudian, air berbuih itu perlu dibuang terlebih dahulu sebelum proses jeruk dilakukan dan ditambah pula dengan petai. Jika disimpan dengan betul, buah perah sebesar ibu jari yang sudah dijeruk itu tahan sehingga setahun.

Isinya
jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau dimasak) serta secara
berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala. Isinya bewarna putih dan
keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan tetapi perlu dimasak atau
diproses dengan betul.
Untuk
memakan buah perah ini mestilah melalui proses yang tertentu direbus dan
dicampur dengan bahan-bahan yang tertentu yang lainnya sehingga cukup masak
baru boleh dimakan.
Sekiranya dimakan terus dibimbangi beracun dan boleh
membawa kepada kemudaratan. Untuk makluman buah perah adalah sejenis buah yang
beracun tetapi boleh dimakan dengan penyediaan yang betul.
Ada juga peminat biji perah makan dengan cara membakarnya dengan api arang atau ranting kayu. Baunnya harum dan rasanya lebih beraroma.
Ada juga peminat biji perah makan dengan cara membakarnya dengan api arang atau ranting kayu. Baunnya harum dan rasanya lebih beraroma.
Buah
perah yang belum matang atau muda berwarna kelabu dan bertompok kemerahan
manakala bijinya berwarna putih dan apabila di peringkat matang, bijinya
berwarna coklat tua seperti biji getah.
Menjeruk
buah ini dilakukan sehingga dua minggu supaya ia lebih selamat dimakan dan
rasanya rangup serta sedap seperti kacang rebus. Selain jeruk, buah perah
mentah sebesar ibu jari itu boleh direbus lebih sejam untuk menghilangkan
getahnya dan sehingga warna asal kulitnya iaitu coklat tua berubah menjadi
kehitaman.
Tiada kedai atau pasar menjual buah perah secara tetap kerana ia buah jenis bermusim. Jadi, sukar untuk menyatakan di mana boleh membeli buah perah.
Biasanya, jika masuk musim buah perah, ia dijual di pasar tani mahupun di tepi jalan. Maka, itu bernasib baik jika dapat menemui penjual buah perah. Sebab itu, bagi peminatnya, tidak banyak soal dan terus membeli biji perah yang semakin mendapat sambutan ramai kini.

No comments:
Post a Comment