Kehidupan
rakyat di masa kini semakin mencabar dalam pelbagai aspek. Jika dinilai semula,
semua krisis yang berlaku kini saling berkait sehingga kesusahan yang dialami
rakyat semakin kritikal. Oleh itu, rakyat perlu lebih proaktif dan produktif dalam
mencari alternatif untuk menjana pendapatan.
Konsep
tunggu dan lihat adalah cara lapuk dan tidak lagi boleh digunakan. Di zaman ini
semuanya perlu pantas dan efektif. Rakyat boleh berharap kepada bantuan
kerajaan semata-mata. Bertindak dengan pantas baharu kita dapat berada di atas.
Bergerak dengan laju akan menjadi maju.
Dalam
situasi sekarang, masih ramai golongan yang memerlukan kerja, tiada tempat tinggal
atau mungkin juga ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Ada
satu ketika kita boleh lihat golongan kaya terlalu kaya dan yang miskin menjadi
semakin miskin. Negara kita bukan kapitalis dan situasi monopoli oleh
sesetengah golongan ini tidak seharusnya berlaku.
Itu
belum kira yang mungkin menghadapi kesusahan-kesusahan lain seperti masalah
kekeluargaan yang mengundang kepada perlakuan jenayah.
Jadi,
situasi-situasi seperti ini memerlukan rakyat lebih kreatif untuk mencipta
peluang pekerjaan dan meraih keuntungan berganda. Ketika berdepan halangan, sebenarnya
banyak kejayaan berada di hadapan. Jadi, jangan mudah mengaku kalah untuk mendapat
peluang terbaik jika mampu melepasi halangan tersebut.
Rakyat
yang berjaya sentiasa mengamalkan sikap berfikiran kreatif dan tabah. Mereka
tidak mudah mengaku kalah.
Secara
keseluruhannya, pemikiran di luar kotak adalah kunci kepada kesejahteraan
negara. Rakyat pada era sekarang tidak boleh lagi berfikiran biasa tetapi perlu
lebih luar biasa untuk mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment