Konvensyen
DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) pada 14 Mac 2021 kecoh dengan dakwaan
berlaku penipuan mengenai jumlah perwakilan yang dibenarkan untuk mengundi bagi
memilih ahli jawatankuasa DAP negeri.
Dakwaaan itu ditimbulkan oleh kumpulan dari gandingan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran apabila pihak penganjur terus membenarkan perwakilan membuat pendaftaran untuk mengundi lebih daripada masa yang ditetapkan.
Menurut seorang perwakilan, sepatutnya pendaftaran untuk perwakilan yang akan mengundi hanya dibenarkan setakat pukul 11.30 pagi sahaja, namun apa yang menghairankan pendaftaran terus dibuka sehingga lebih pukul 12 tengah hari.
Sepatutnya perwakilan yang dibenarkan mengundi mempunyai pas khas namun, namun mengikut perwakilan itu, ada yang mendaftar untuk mengundi dengan hanya menulis nama mereka dalam borang pendaftaran perwakilan.
Menurutnya, ini adalah satu penipuan dan taktik untuk membenarkan lebih ramai perwakilan mengundi dan percaya wujud pengundi hantu pada pemilihan kali ini.
Apa yang berlaku itu umpama kata dulang paku serpih. DAP dan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kemudian menjadi Pakatan Harapan (PH) sering menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan pengundi hantu setiap kali Pilihan Raya Umun (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK).
Sebenarnya yang menggunakan penggundi hantu selama ini adalah PR dan PH yang dikuasai oleh DAP.
Kepada pemimpin DAP, pastikan anda betul-betul bersih sebelum mengatakan orang lain kotor. Jangan jadi seperti pepatah, kuman di seberang laut nampak, gajah di hadapan mata tidak nampak.
Harap pemimpin DAP faham kedua-dua peribahasa atau pepatah tersebut.
No comments:
Post a Comment