Adakah sah puasa seseorang
berhadas besar pada malam hari Ramadan, sama ada kerana mimpi basah maupun hubungan seks, kemudian belum mandi wajib sehingga masuk Subuh?
Kes
yang sering terjadi, mereka berhadas besar pada malam hari dan ketiduran,
kemudian bangun sudah masuk Subuh.
Sebenarnya,
belum mandi wajib ketika masuk waktu Subuh, bukan alasan tidak berpusa.
Bukanlah
syarat sah berpuasa, seseorang harus suci dari hadas besar atau kecil. Ini
berbeda dengan solat atau tawaf di Kaabah. Orang yang hendak solat atau tawaf,
harus suci dari hadas besar maupun kecil.
Oleh
kerana itu, orang yang berhadas dan belum mandi wajib sehingga subuh, tidak
perlu bimbang, kerana semacam ini tidaklah mempengaruhi puasanya.
Dalil
pokok masalah ini adalah hadis dari Aisyah dan Ummu Salamah menceritakan “Nabi memasuki
waktu Subuh, sementara Baginda sedang berhadas besar kerana berhubungan dengan
isterinya. Kemudian, Baginda mandi wajib dan berpuasa.” (Hadis riwayat Bukhari (1926)
dan Tirmizi (779))
Dalam
menghurai hadis tersebut, Tirmizi mengatakan: “Inilah yang dipahami oleh majoriti
ulama di kalangan para sahabat dan yang lainnya. Dan ini merupakan
pendapat Sufyan At-Tsauri, As-Syafi’i, Ahmad, dan Ishaq bin Rahuyah. (Sunan Tirmizi,
3/140).
Ketika
ada orang berjunub bangun tidur pada penghujung malam, dia berada dalam keadaan
harus memilih antara mandi dan sahur, apa yang harus didahulukan?
Dari
penjelasan di atas, kesimpulannya bahawa mandi wajib tidak harus sebelum subuh.
Orang boleh mandi wajib setelah Subuh, dan puasanya tetap sah.
Sementara
sahur, batas terakhirnya adalah Subuh. Seseorang tidak boleh bersahur setelah
masuk waktu Subuh. Dengan menimbang hal ini, seseorang memungkinkan untuk
menunda mandi wajib dan tidak mungkin menunda sahur. Kerana itu, yang mungkin
dia lakukan adalah mendahulukan sahur dan menunda mandi wajib.

No comments:
Post a Comment