Friday 3 June 2022

KEBAIKAN SELALU AMAL MINUM TEH HALBA

 
Halba telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Terdapat pelbagai khasiat halba untuk kesihatan lelaki dan wanita. Halba sejenis rempah-ratus berbentuk butiran kecil berwarna coklat.

Halba kebiasaanya dijadikan sebagai penambah perasa di dalam masakan. Halba kerap digunakan dalam penyediaan nasi dagang terutamanya di Kelantan.

Halba didapati berkhasiat untuk pesakit diabetes dan ia amat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedia sihat dengan tujuan untuk menjaga kesihatan badan.

Menurut kajian perintis yang dijalankan pada tahun 2005, pengambilan biji halba dalam diet harian mampu menurunkan kadar glukosa darah pada pesakit kencing manis.

Pengambilan halba dengan dos dan cara yang betul akan membantu menurunkan paras gula dalam darah. Kadar pengambilan biji halba yang disyorkan adalah sebanyak 15 – 20 gram sehari untuk mengawal kadar gula dalam darah.

Halba boleh dimanfaatkan oleh kaum lelaki untuk meningkatkan kadar hormon testosterone.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa halba memberikan tindakbalas dengan mengurangkan enzim yang menukarkan hormone testosterone kepada estrogen.

Selain itu, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa halba boleh meningkatkan kekuatan dan nafsu seks.

Jadi dinasihatkan para suami untuk mengamalkan halba dan tidak perlu taksub dengan ubat kuat yang sudah pastinya tidak bagus untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment