Senyuman adalah tanda kebahagiaan.
Kebanyakan orang akan mengembangkan senyum ketika merasa bahagia dan
mengerutkan muka ketika sedih.
Tersenyum memang suatu perkara yang dilihat
mudah untuk dilakukan, tetapi tidak semua orang dapat melakukannya. Namun, apa
juga salahnya untuk mencuba lebih kerap senyum.
Tetaplah tersenyum, kerana hidup adalah perkara
yang indah. Sebenarnya banyak perkara dalam kehidupan seharian yang membuatkan
kita tersenyum, biarpun ada kalanya datang perkara tidak disenangi. Namun,
tidak salah kita terus tersenyum.
Ingatlah, senyum adalah cara termudah
membuat orang lain bahagia. Orang lain bahagian, kita juga akan bahagia. Punca
bahagia adalah apa yang ada di sekeliling kita. Untuk mewujudkan keadaan
sekeliling kelihatan bahagia, kita yang dahulu mulakan senyum dan apabila lebih
banyak orang tersenyum, kita juga akan bahagia.
Sesungguhnya, satu senyuman tulus lebih dapat
meninggalkan kesan yang dalam dari pada deretan kata yang sama sekali tidak
berguna. Senyumlah, tidak perlu berkata apa-apa. Mudah, tetapi kesannya besar.
Yakinlah, bahawa senyum yang diberikan menunjukkan
adanya keinginan untuk berkongsi kebahagiaan, rasa peduli dan bersahabat.
Mengapa tidak mahu senyum sedangkan ia
adalah percuma, tetapi kesannya amat berharga.
Orang lain mempunyai tanggapan berbeza
terhadap kita. Jika kamu ingin terlihat lebih baik, maka tersenyumlah.
Senyum bukan hanya simbol kebahagiaan,
tetapi juga merupakan simbol kekuatan. Senyumlah, kerana ia menampakkan anda
kuat dan pastinya apa yang orang nampak itu akan menjadi kenyataan untuk diri
anda.
No comments:
Post a Comment