Pelajar
era tahun 1950-an dan sebelumnya menggunakan papan batu sebagai medium tempat
menulis. Papan batu
atau juga dikenali sebagai papan selisih diperbuat daripada kepingan kayu sebagai bingkai
dan permukaan lepaan batu sebagai medium tempat tulis.
Ia juga dipanggil papan selit kerana kebanyakan murid-murid membawa ke sekolah dengan cara menyelit di
bawah ketiak sahaja.
Sebenarnya perkataan selit itu berasal
daripada perkataan Inggeris ‘slate’ bermaksud batu berbentuk kepingan.
Papan batu berfungsi sebagai medium untuk menulis dan menyalin nota
ketika belajar. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah "salin dan
hafal".
Mula-mula, murid akan menulis di permukaan
papan batu tentang apa yang diajar oleh guru, kemudian cuba untuk menghafalnya
sebelum tulisan itu dipadam.
Tulisan
itu akan dipadam bagi membolehkan tulisan baharu ditulis dan kemudian dihafal. Perkara yang sama diulang beberapa kali setiap kali ada ilmu
pelajaran yang baharu.
Sejenis pensil yang diperbuat daripada batu digunakan sebagai alat untuk menulis di papan batu. Pensil ini dikenali sebagai kalam batu.
Jika menulis setiap hari, kalam ini boleh
digunakan untuk tempoh 3 bulan sebelum ia menjadi sangat pendek sehingga tidak
boleh dipegang dengan tangan lagi.
Sejenis pensil yang diperbuat daripada batu digunakan sebagai alat untuk menulis di papan batu. Pensil ini dikenali sebagai kalam batu.
Kalam batu biasanya dijual bersama-sama dengan papan batu. Kalau nak beli kemudian, harganya lebih mahal sikit. Dua batang kalam ini dijual pada harga 5 sen sahaja.
Untuk memadam tulisan di papan batu, boleh gunakan kain yang dibasahkan dengan sedikit air. Kadangkala ada yang memadam dengan menggunakan batang anggerik atau batang pokok yang ada kandungan air atau cecair yang boleh berfungsi sebagai pemadam.
No comments:
Post a Comment