Wednesday, 22 February 2023

FESYEN PELIK MENDAPAT PERHATIAN

 
Fesyen adalah gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain, terutama yang terbaharu. Fesyen menjadi kegemaran ramai. Berbagai-bagai fesyen menjadi ikutan biarpun pada peringkat awal ia agak janggal dan masih tidak ramai menggayakan fesyen berkenaan.
 
Ketika mula digayakan oleh individu atau kumpulan tertentu, fesyen berkenaan masih tidak mendapat sambutan, sehinggalah ia menjadi tular dan semakin banyak orang mengikuti menggayakannya. Tambah-tambah lagi ia digayakan oleh individu terkenal seperti artis, ahli sukan, jutawan dan sebagainya.
 
Fesyen sentisa berubah-ubah disebabkan manusia mudah bosan dengan sesuatu yang sama. Mereka inginkan kelainan dan tentu sekali mendapat perhatian orang ramai. Maka terciptalah fesyen yang pelik-pelik.

No comments:

Post a Comment