Dunia
fotografi kadangkala boleh mengelirukan, terutamanya kerana ia mempunyai banyak
istilah. Sebagai contoh, apakah sudut pandangan dalam fotografi?
Sudut pandangan dalam fotografi menerangkan
sejauh mana penderia kamera boleh menangkap pemandangan di hadapan anda.
Dinyatakan dalam darjah, anda boleh mengukurnya secara menegak, mendatar atau
menyerong merentas pemandangan yang ingin dirakamkan.
Memahami
cara menggunakan sudut pandangan dalam fotografi membantu perceritaan tentang
gambar yang dirakam. Ia juga akan membantu “cerita” sebenar mengenai gambar.
Sudut
pandangan mewakili sama ada kanta akan menunjukkan lebih banyak sesuatu
bahagian sebagai bahan penceritaan.
Sudut
pandangan membantu menambah minat pada foto, kerana kedudukan anda mempengaruhi
daya tarikan emosi tempat kejadian.
Sudut pandang adalah sudut pengambilan
gambar dengan memperhatikan posisi kamera ketika membidik suatu objek. Seorang jurugambar
harus dapat menentukan sudut pandang dengan tepat kerana ia akan mempengaruhi
gambar yang dihasilkan.
Berikut beberapa sudut pandang yang sering
digunakan oleh jurgambar.
Sudut pandang rendah adalah sudut
pengambilan gambar dengan kedudukan kamera lebih rendah daripada objek yang ingin
dirakam. Secara psikologis, sudut pandang rendah akan menghasilkan objek yang
dirakam terlihat kuat, elegan, mewah, atau kesan dominan. Biasanya jurugambar akan
memilih sudut pandang ini untuk mengambil gambar bangunan yang tinggi.
Sudut [andang tinggi pula adalah teknik
pengambilan gambar di mana jurugambr berada pada posisi atas atau lebih tinggi
daripada objek yang ingin dirakamkan. Ketika menggunakan teknik ini, objek akan
terlihat kecil sehingga dapat memberikan kesan yang lemah atau inferior.
Sudut pandang paras mata pula adalah sudut
pandang normal. Ia paling banyak digunakan untuk merakam gambar. Kedudukan kamera
pada sudut pandang ini akan sejajar dengan dengan ketinggi objek. Gambar yang
dihasilkan memiliki penampakan yang kurang lebih sama dengan apa yang kita
lihat sehari-hari.
Satu lagi bentuk sudut pandang ialah
dinamakan sudut pandang mata burung. Biasanya teknik ini digunakan untuk
mengambil gambar pemandangan dari kapal terbang untuk sesuatu bandar atau
kawasan. Gambar yang dihasilkan akan memiliki kesan yang luas dan melebar. Ia
tidak fokos kepada objek tertentu.
Manakala sudut pandang terakhir ialah sudut
pandang katan yang meletakkan kamera sejajar dengan mata katak atau hampir
menyentuh tanah. Ketika menggunakan teknik ini, terkadang seorang jurugambar
perlu berada pada kedudukan menirap untuk membadik objek.
No comments:
Post a Comment