Wednesday, 5 April 2023

SEDIAKAN WASIAT, ELAK PERGADUHAN KELUARGA

 
Anda bayangkan tanah dan rumah banglo ini jika dibaik pulih, digunakan atau dijual, sangat-sangat mahal dan lumayan.
 
Tetapi apa nak buat, ia berpunca daripada masalah harta pusaka.
 
Sebenarnya, idividu yang kaya berstatus jutawan, mampu melahirkan anak-anak yang menjadi jutawan sepertinya dengan membuat perancangan rapi agar segala harta yang ditinggalkan dapat diwarisi secara teratur tanpa mengahadapi sebarang masalah.
 
Individu yang mempunyai perniagaan yang berjaya dan memiliki aset yang banyak, tambahan pula mempunya isteri lebih dari satu dan berpotensi untuk berlaku perebutan harta, maka mestilah melakukan perancangan teliti agar tidak terlepas pandang perkara yang boleh menimbulkan masalah pada kemudian hari.
 
Banyak berlaku waris-waris bertengkar tanpa segan silu hanya kerana perkara-perkara yang dianggap remeh sahaja.
 
Perlukan kita bergaduh sehingga putus hubungan sillaturrahim dan tidak bertegur-sapa bertahun lamanya? Buat perancangan wasiat yang teratur agar tidak berlaku perkara tidak diingini apabila ketiadaan kita.  
 
 

No comments:

Post a Comment