Thursday, 20 July 2023

KULIT BAWANG DIJADIKAN BAJA

 
Bawang merah memang jadi bahan asas memasak hampir setiap hari. Apalah sedapnya masakan tumis kalau tak letak bawang kan.

Tapi bukan bawang itu saja yang cukup berguna untuk masakan, ramai tak tahu rupanya kulit bawang yang selalu kita buang itu juga ada kegunaannya yang tersendiri.

Ia cukup berguna buat mereka yang suka bercucuk tanam di rumah. Kulit bawang boleh dijadikan bahan kompos atau dijadikan sungkupan. Secara tidak langsung, proses pereputan kulit bawang tersebut menjadi baja.

Caranya:
- Selepas mengupas bawang merah, kumpul kulitnya.
- Letakkan dalam besen dan tuangkan air. Rendam semalaman.
- Keesokan hari gunakan air ini untuk menyiram atau menyembur tanaman.
- Selain itu boleh juga tabur terus kulit bawang ini dalam pasu tanaman.

Manfaat kulit bawang pada tanaman
- Bantu pokok jadi lebih subur
- Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
- Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah
- Membunuh hama serangga pokok

No comments:

Post a Comment