Pemberian wang kononnya sebagai sedekah,
bayar tiket bas atau memberi ole-ole ketika musim pilihan raya adalah menyalahi
undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana boleh mempengaruhi
pengundi untuk memenangkan calon terbabit.
Pengundi perlu mengetahui hak dan mempunyai
tanggungjawab untuk balik mengundi tanpa mengharap ada pihaknya yang membayar
tiket pulang mereka.
Jika pengundi memberi alasan tidak mahu
pulang mengundi jika tidak dibayar tiket pulang, itu pilihan pengundi. Ada yang
berada di dalam kawasan pengundian pun ada yang tidak keluar mengundi.
Menjadi tanggungjawab dan hak mereka untuk
mengundi dengan tidak dipengaruhi mana-mana calon. Hak pengundi untuk mengundi
dan jika dibayar ia menyalahi undang-undang kerana tiada ketelusan dalam
pilihan raya itu.
Calon atau ejennya juga tidak boleh
menghantar pengundi kerana itu dinamakan perkhidmatan di mana ramai yang
melakukan perkara itu.
Hati-hati jika melakukan kesalahan itu
kerana tukang mengadu ramai dan boleh membatalkan kemenangan mereka jika
terbukti.
SPRM boleh mengambil tindakan menguatkuasa
undang-undang sedia ada.
Pengundi dinasihatkan, jika ada tawaran
untuk diberi apa-apa sebagai imbuhan mengundi seseorang sila lapor kepada SPRM
bagi mewujudkan satu budaya yang sihat.
Pengundi perlu menanam sikap benci rasuah
dan jangan menjadikan negara ini hiruk pikuk dengan masalah rasuah terutama
dalam kalangan mereka yang ada kuasa.
Rujukan:
bharian.com.my
bharian.com.my
No comments:
Post a Comment