Jualan di pasar pagi, pasar malam atau
pasar minggu semakin suram. Pelanggan semakin berkurang untuk membeli
memyebabkan peniaga juga mengeluh tiada jualan. Pendapatan peniaga terjejas
terusk.
Apabila kuasa beli jatuh, mata wang ringgit
tidak aktif bergerak dalam pasaran menjadikan ekonomi kita lembab. Namun pada
masa yang sama kos sara hidup terus meningkat.
Untuk membantu peniaga kecil, kerjasama pembeli
dan pengguna amat perlu. Pembeli disarankan agar membeli dengan peniaga kecil.
Bantu mereka agar terus mendapat rezeki biarpun tidak banyak. Cukup sekadar
untuk mereka terus menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.
Mengutamakan barang tempatan juga perlu
dijadikan agenda ekonomi masyarakat. Kurangkan penggunaan barangan import untuk
mengelak wang kita mengalir ke luar negara.
Ketika negara mengalami ketidaktentuan
ekonomi, elok tidak melancong ke luar negara. Tumpukan kepada aktiviti
pelancongan domestik. Tempat menarik di negara kita tidak kurang hebatnya.
Tambahan, kita belum pun pergi atau habis melawat semua tempat di negara kita.
Melancong ke luar negara tentunya
melibatkan kos yang mahal, lebih-lebih lagi ketika mata wang kita lebih kecil
berbanding dengan mata wang asing lain.
No comments:
Post a Comment