Pokok
rotan yang cukup matang akan mengeluarkan buah. Buah rotan keluar secara
bertangkai dari celepah pelepah daun. Ukuran
buah rotan berbeza mengikut spesiesnya. Ada yang ukurannya sekadar sebesar
biji kacang hijau. Ukuran yang lain ada sebesar kacang pol yang telah direbus. Rasanya
seperti masam-masam manis dan sedap untuk dimakan.
Cara hendak makan buah
rotan ialah dengan mengopek kulit menggunakan tangan. Buahnya ada biji besar.
Jadi untuk mendapatkan isi perlu digigit secara cermat agar isi tertanggal dari
bijinya.
Pokok
rotan tergolong dalam famili Palmae dan dikelaskan dalam kumpulan yang
terbesar iaitu subfamili Calamoideae.
Berbeza dengan kebanyakan
pokok palma, daun-daun pokok rotan ini tidak tumbuh berumpun, sebaliknya berada
jarak secara ruas yang agak jauh antara satu sama lain mengikut jenis rotan.
Terdapat 13 genera rotan di
seluruh dunia yang menghasilkan lebih 300 spesies. Di Semenanjung Malaysia,
terdapat kira-kira 107 spesies rotan yang terdiri daripada 8 genera di mana
hanya 20 spesies sahaja yang dikenalpasti kegunaannya serta mempunyai nilai
pasaran.
Antaranya ialah Calamus manan (Rotan Manau), C.
ornatus (Rotan Dok), C. turnidus (Rotan Manau
Tikus), C. scipionium (Rotan Semambu), dan C. caesius (Rotan
Sega).
Umumnya rotan tumbuh di
kawasan yang lembap dan bilangannya berkurangan apabila sesuatu kawasan itu
selalu mengalami pertukaran kelembapan. Di Semenanjung Malaysia, rotan boleh
dijumpai dari kawasan pinggiran pantai hingga ke kawasan pergunungan.
Walau bagaimanapun,
habitatnya yang paling sesuai ialah di kawasan hutan dipterokarpa yang
mempunyai ketinggian di bawah 1,000 aras paras laut (a.p.l).
Rotan
memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraf tangan. Antara
perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur.
Di samping
itu juga rotan juga digunakan untuk menganyam tikar ataupun digunakan sebagai
bahan lapik. Rotan manau dan rotan sega adalah merupakan dua spesies rotan yang
terpenting sekali dalam industri berasaskan rotan di Semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment