Monday, 13 November 2023

RESIPI KUIH HITAM BERGULING

 
Resipi kuih hitam berguling. Nama lain ialah kuih kerbau berguling. Kuih ini pernah menjadi fenomina hebat apabila mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk Kelantan, terutama di Rantau Panjang. Kuih kerbau berguling juga mendapat permintaan tinggi di Selatan Thailand. Dinamakan kuih kerbau berguling kerana berwarna hitam dan perlu diguling-gulingkan dengan kelapa parut muda. 

Resipi kuih hitam berguling. 
 
Bahan-bahan:
- 250 gram tepung beras
- 150 gram tepung jagung
- 3 sudu besar tepung beras pulut
- 200 gram gula
- 1/2 sudu teh kapur makan
- 1/2 cawan santan pekat
- 1 liter setengah air
- Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
- Secubit garam
 
Cara membuatnya:
- Campur dan gaulkan kesemua bahan di atas.
- Masukkan dalam kuali atau periuk.
- Guna api perlahan. Kacau sehingga likat dan pekat.
- Angkat dan masukkan ke dalam bekas loyang dengan disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
- Sediakan kelapa parut daripada kelapa muda. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
- Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. 
- Siap untuk dihidang. 

No comments:

Post a Comment