Kita kerap dipertanggungjawabkan atau
ditugaskan untuk melaksanakan tugas di luar bidang. Mungkin ada sebab tugas itu
serahkan. Mungkin individu berkenaan sendiri yang meminta untuk melakukan tugas
itu. Dan, mungkin juga kerana memang tiada orang lain yang lebih baik untuk menjadi pemimpin melaksanakan tugas tersebut.
Apabila mendapat sesuatu tanggungjawab yang di luar bidangnya
yang penting kena mendengar nasihat dan pendapat daripada orang-orang yang berpengalaman. Tidak
kisahlah orang itu rendah kedudukannya berbanding kita. Cari dan gali ilmu yang
berkaitan.
Dengarlah nasihat daripada pekerja bawahan dan
sesiapa sahaja yang boleh membantu. Tidak jatuh kedudukan kerana mendengar nasihat orang bawahan. Tidak hilang bisa ular menyusur akar. Jauhi sikap sombong dan ego dengan kuasa
yang dimiliki. Jawatan sekadar satu amanah bukan jaminan dapat melaksankan
tugas lebih baik berbanding orang di bawah.
Tanpa orang bawah yang berpengalaman,
pegawai atau yang berjawatan tidak mungkin dapat melakukan tugas seorang diri.
Kerja secara berkumpulan perlu melibatkan semua ahli ahli. Berkongsi pengalaman,
pengetahuan dan kepakaran masing-masing. Tidak semua kita tahu atau mahir dalam
semua perkara.
Belajarlah menghormati orang lain. Bukan apabila
mendapat jawatan, lepas itu degil rasa diri hebat dengan jawatan yang ada.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment