Seramai 21 pegawai dan 205 anggota lain-lain
pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Briged
Ke-30 Infantri Malaysia (30 Bgd) antara Brig Jen Yazid bin Yusuf dengan Brig
Jen Datuk Mohd Zaini bin Hashim.
Perbarisan yang diketuai oleh Pegawai
Memerintah 2 RS, Lt Kol Nor Azimi bin Idris telah disempurnakan oleh Panglima
Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div), Mej Jen Datuk Azhan Md Othman di Padang Kawad Kem Bukit
Cowder, Kangar pada 2 Jan 2024.
Perbarisan dimulakan dengan tabik hormat
kepada Panglima 2 Div oleh kontinjen perbarisan dan diteruskan dengan upacara
menandatangani Sijil Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa antara Yazid
dan Mohd Zaini selaku Panglima 30 Bgd yang baharu.
Sebagai rekod, Yazid akan melanjutkan
pengajian di Maktab Ketahanan Nasional, PUSPAHANAS. Manakala, Zaini bertukar
masuk daripada Jabatan Arah Infantri, Markas Tentera Darat.
Sementara itu, turut diadakan acara Serah
Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 30 Bgd
antara Puan Rosnita Ahmad dan Datin Zuraidah Ismail selaku Pengerusi BAKAT 30
Bgd baharu disaksikan oleh Ketua Staf MK 30 Bgd, Lt Kol Shahril Shaarani. Turut
hadir menyaksikan majlis tersebut Pengerusi BAKAT 2 Div, Datin Noor Ainy Mohd
Ali
Majlis diakhiri dengan acara simbolik “street
lining” sebagai tanda penghargaan dan penghormatan terakhir kepada Brig Jen
Yazid Yusuf dan isteri.
Seusai majlis serah terima tugas, Panglima
2 Div melaksanakan temuduga keluar mantan Panglima 30 Bgd di MK 30 Bgd.
No comments:
Post a Comment