Sunday 10 March 2024

KENYATAAN KOK SEONG MENGENAI SJKC

 
Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong banyak memberikan pandangan akademik tentang sekolah vernakular.  Beliau pernah mendakwa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu telah dibantah oleh kalangan pemimpin Cina.

Pengkhususan Keok Seong adalah mengenai pembinaan negara dan perpaduan negara serta integrasi. Beliau berada di sebuah institusi yang mengkaji etnik iaitu Institut Kajian Etnik, UKM yang dalam pengenalannya menyatakan: Satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang sepenuhnya berfokuskan terhadap kajian etnik dan etnisiti.
 
Jadi beliau bercakap daripada bidang pengkhususannya. Jika ahli akademia disekat pandangannya, maka tiada siapa yang berani menyatakan dengan jujur fakta sebenar.
 
Hakikatnya adakah sekolah vernakular jadi perkara ke 5 yang tidak boleh disentuh selepas Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan, menyatakan larangan mempersoalkan isu kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kedaulatan raja-raja?
 
Rasisma sering dijadikan sebab untuk menakut-nakutkan orang Melayu bagi meluahkan rasa ketidakselesaan apabila ada sistem pendidikan dan silibus yang tidak memartabatkan bahasa Melayu, yang menolak integrasi kebangsaan.
 
Kok Seong memberikan suatu diagnosis dalam masalah integrasi nasional. Carilah penyelesaiannya. Ia tidak wajar dinafikan, bahkan diminta dikenakan tindakan siasatan polis pula oleh Teresa Kok terhadap seseorang yang menyatakan fakta sebenar.
 
Sesungguhnya, apabila Kok Seong berbangsa Cina memperkatakan perkara berkenaan, ia bukan lagi isu perkauman. Hakikat yang difahami oleh bangsa Cina sendiri. Jadi, mengapa ia ditolak dan dianggap bersalah oleh bangsa Cina sendiri.
 
Keok Seong selaku bekas Felo Kanan Institut Kajian Etnik UKM ada menjelaskan komunitinya iaitu Cina Peranakan turut menerima tempias diskriminasi daripada majoriti kaum Cina yang tidak berasimilisasi dengan budaya tempatan.

No comments:

Post a Comment