Hiking Bukit Bakar tidak terkenal antara
lain berpunca kurangnya promosi atau maklumat mengenainya disebarkan di media
sosial. Biarpun nama Bukit Bakar telah lama terkenal, tetapi tidak banyak yang
mengetahui ia juga lokasi untuk hiking.
Satu lagi sebab mungkin kerana hiking Bukit
Bakar agak mencabar dan mengambil masa lebih lama. Maksudnya tidak boleh
dilakukan secara santai-santai.
Ketinggian Bukit Bakar adalah 635 meter
dari paras laut, berbanding hanya 225 meter ketinggian Bukit Panau. Laluan trek
dari kaki bukit ke puncak kira-kira lima kilometer atau 10 kilometer pergi
balik.
Biarpun terdapat trek simen, kembara
berjalan kaki menuju punca Bukit Bakar tidak mudah disangka kerana ada trek
yang berkedudukan condong 45 darjah. Keadaan itu dikira amat mencabar bagi mereka
yang bukan di kalangan kaki hiking.
Melakukan kembara berjalan kaki di Bukit
Bakar memang mencabar, tetapi memberi kepuasan berganda. Semasa berada di titik
pandangan (view point) di ketinggian 459 meter, pengunjung akan dapat melihat
UiTM Machang Kelantan dengan jelas dan kawasan sekitarnya.
Kembara berjalan kaki melalui trek
mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam untuk ke puncak, bergantung kepada
tenaga masing-masing.
Sebenarnya, Bukit Bakar lebih terkenal
dengan lokasi rekreasi dan perkelahan yang lebih dikenali dengan nama Taman Eko
Rimba Bukit Bakar juga dipanggil Hutan Lipur Bukit Bakar.
Hutan Lipur Bukit Bakar terletak di Kampung
Limau Nipis, kira-kira lapan meter dari bandar Machang dan kira-kira 63 kilometer
dari Kota Bharu. Kawasan tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1975.
Keluasan hutan lipur tersebut meliputi 3.14 hektar terletak dalam kompatmen
enam Hutan Simpan Ulu Sat.
No comments:
Post a Comment