Air tebu diperoleh daripada batang tebu dengan
digigit dan “diperah” menggunakan gigi dengan teknik tertentu. Cara paling
popular dan paling mudah untuk mendapatkan air tebu ialah dengan menggunakan mesin
pemerah atau pengapit. Cara ini digunakan oleh mereka yang menjalankan
perniagaan menjual air tebu.
Air tebu bukan sahaja sedap dan
menghilangkan dahaga, tetapi juga kaya dengan pelbagai khasiat. Sebab itu, air
tebu memang elok dijadikan minuman berkala atau kerap diminum.
Antara khasiat air tebu ialah:
- Menghalang pertumbuhan sel kanser prostat
dan payudara.
- Memudahkan aliran kencing dengan cepat dan dapat bantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik.
- Jika ia diambil bersama jus limau kasturi, ia dapat membantu masalah demam kuning.
- Mencegah jerawat, mencegah penuaan, mengurangkan parut dan membantu mengelakkan kulit daripada kering. Ini kerana terdapat bahan khasiat asid glycolic dalam air tebu.
- Menguatkan tulang. Ini kerana air tebu juga kaya dengan kalsium dan fosforus.
- Membantu meningkatkan tahap hemoglobin (sel darah merah). Ini kerana air tebu tinggi kandungan zat besi dan folat (folate).
- Kehadiran folat dalam air tebu juga dapat menghalang kecacatan pada bayi dalam kandungan.
- Membantu badan untuk melawan kanser. Kehadiran bahan antikanser seperti flavonoid membantu badan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser prostat dan payudara.
- Kepekatan tinggi kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan mangan menjadikan air tebu bersifat alkali.
- Membantu mengatasi gerd. Satu kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu yang dibuat dari serbuk tebu (tanpa hampas dan telah ditapis) bantu atasi masalah gerd.

No comments:
Post a Comment