Tuesday 27 August 2024

PENYERAHAN KUNCI RUMAH VETERAN ATM

 
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zambery Jefry bin Darus, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM bagi peringkat Negeri Terengganu, kepada Yuslina binti Yusof di Besut.

Yuslina merupakan balu kepada Ramli bin Yasin, seorang beteran ATM. Dia adalah salah seorang yang terpilih di bawah program Rumah Bina Baharu yang dibina sepenuhnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di atas tanah milik veteran sendiri.

Melalui Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM, sehingga 16 Ogos 2024, sebanyak 49 permohonan bina baharu dan 155 permohonan baik pulih telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM4.73 juta.

Kriteria pemilihan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM terbuka kepada Veteran ATM atau balu yang mana pendapatan isi rumah di bawah jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan.



No comments:

Post a Comment