Monday, 12 August 2024

KAWALAN SIPUT GONDANG EMAS

 
Siput, terutama spesies seperti gondang emas (Pomacea canaliculata), adalah salah satu perosak utama di kawasan sawah padi. Satu ekor siput gondang emas dewasa mampu memakan sehingga dua hingga lima pokok padi muda dalam satu hari.

Untuk kawalan biologi kehadiran burung bangau putih dan asean stork memang amat  berkesan untuk mengawal siput gondang emas. Kedua-dua burung itu amat suka makan siput. Dalam sehari, burung bangau putih boleh memakan antara 50 hingga 100 ekor siput gondang emas.

Satu cara untuk mengawal pembiakan siput gondang emas ialah menghapuskan telurnya dengan cara mengutip dan kemudian dimanfaatkan telur itu.

Telur siput gondang emas mengandungi pelbagai jenis asid amino yang penting. Antara asid amino utama yang terdapat dalam telur siput adalah:
- Asid Glutamat - Berperanan dalam fungsi otak dan merupakan neurotransmitter penting.
- Asid Aspartik - Penting untuk metabolisme dan sistem saraf.
- Lisin - Membantu dalam pembentukan kolagen dan tisu penghubung, serta menyokong sistem imun.
- Leusin - Penting untuk pertumbuhan otot dan pemulihan tisu.
- Isoleusin - Berperanan dalam regulasi gula darah dan sintesis hemoglobin.
- Valin - Penting untuk pertumbuhan dan regenerasi tisu, serta keseimbangan nitrogen dalam badan.
- Treonin - Membantu dalam pembentukan protein, kolagen, elastin, dan tisu penghubung.
- Serin - Berperanan dalam metabolisme lemak dan fungsi sistem imun.
- Fenilalanin - Asid amino esensial yang terlibat dalam sintesis neurotransmitter.

Asid amino ini adalah sebahagian daripada komponen protein yang penting untuk pertumbuhan, pembaikan tisu, dan fungsi tubuh secara keseluruhan.

Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya.

Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari. Gunakan ibu jari tadi untuk menekan buasir sehingga masuk. ini hanya rawatan orang tua zaman dahulu.


No comments:

Post a Comment