Sehingga tahun 2024, seramai 5,370 orang huffaz telah
berjaya dilahirkan melalui institusi pendidikan di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), yang melibatkan
3,573 hafiz dan 1,797 hafizah.
Semoga graduan tahfiz terus kekal sebagai duta al-Quran yang
menjadi contoh ikutan dalam akhlak, pemikiran dan perjuangan menyebarkan cahaya
wahyu ke serata pelusuk negeri.
Semoga al-Quran terus hidup subur dalam hati dan kehidupan
kita semua, serta membawa keberkatan kepada negeri Kelantan yang kita cintai.
Kerajaan Negeri Kelantan sangat menitikberatkan pendidikan agama, khususnya pendidikan al-Quran kerana hasrat yang tinggi untuk membina generasi al-Quran yang menjadi harapan ummah.
Usaha itu selaras dengan cita-cita besar untuk menjadikan negeri ini sebagai negeri yang diredai Allah SWT.
No comments:
Post a Comment