Ibumu pergi tidak kembali. Bertabahlah .... ibumu baru
sahaja pergi (16 September 2026) dan tidak akan kembali. Ini anak sulung yang
baru berumur 8 tahun. Adik bongsu berumur 10 bulan.
Dia masih boleh tersenyum ketika sanak saudara dan sahabat
ibunya datang melawat jenazah ibunya. Dia masih belum mengerti tentang kematian
yang memisahkan dia dengan ibunya buat selama-lamanya.
Ibu meninggal kerana mengalami komplikasi kanser hati.
Setelah dikesan penyakit, ia merebak dengan cepat dan tidak dapat diselamatkan.
Banyak sahabat yang menemuinya bebeapa bulan sebelum
kematiannya, terkejut apabila diketahui berita kematiannya. Seakan-akan tidak
percaya, biarpun reda menerimanya.
Ahli keluarga dan sahabat mengingati detik-detik kenangan
lalu, terutama beberapa bulan sebelum itu yang kelihatan dirinya masih sihat
dan ceria seperti biasa tanpa diduga sebenarnya sedang bertarung dengan maut
semakin mendekat.
Beliau bekas staf JASA Kelantan, sebelum agensi tersebut
dikuburkan oleh kerajaan PH 1.0 pada tahun 2018. Meninggal pada pada usia 43
tahun. Dikira umur masih muda, tetapi kematian tidak mengenal usia.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. amin.


No comments:
Post a Comment