Monday, 7 April 2025

STESEN KERETA API WAKAF BHARU

 
Sejarah Stesen Kereta Api Wakaf Bharu (Stesen Wakaf Bharu) mula beroperasi pada 1965, iaitu tahun yang sama dengan perasmian Jambatan Sultan Yahya Petra. Lokasi Stesen Wakaf Bharu tertelak di Wakaf Bharu, Tumpat. Pun begitu, jarak dari bandar Kota Bharu hanya kira-kira enam kilometer. Stesen Wakaf Bharu diguna penduduk jajahan Tumpat, Kota Bharu dan Bachok dan sebahagian Pasir Puteh.
 
Sebelum kewujudan Stesen Wakaf Bharu, penduduk Kota Bharu yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api akan menggunakan Stesen Palekbang yang terletak di seberang Sungai Kelantan dari Jeti Tambatan Diraja. Stesen Palekbang telah dihentikan operasi.
 
Stesen Wakaf Bharu dianggap stesen utama di Kelantan kerana bilangan penumpang yang menggunakan stesen ini agak banyak sesuai lokasinya yang hampir dengan bandar Kota Bharu yang mempunyai penduduk paling padat di Kelantan.
 
Stesen Wakaf Bharu dahulu terletak di barat landasan atau dalam pekan Wakaf Bharu. Behampiran dengan stesen inilah terletak sebuah wakaf yang baharu dibina yang kemudiannya tempat itu dikenali dengan nama “Wakaf Bharu”.
 
Memandangkan sering belaku kesesakan di kawasan stesen apabila banyak orang tertumpu untuk menaiki atau turun, termasuk yang menghantar atau menyamput, sedangkan tempat letak kenderaan agak terhad, maka Perbadanan Aset Keretapi mengambil keputusan untuk membina stesen baharu yang letaknya bersetentang dengan stesen lama.
 
Kawasan stesen baharu itu asalnya adalah tempat meletak gerabak kereta api barang atau gudang. Bagaimanpun, ia sudah lama tidak digunakan. Jadi, lokasi itu dimanfaatkan untuk membina stesen baharu yang lebih selesa dan luas.
 
Stesen Wakaf Bharu baharu mula beroperasi pada Febuari 2009 yang mana penumpang dari Kota Bharu tidak perlu lagi memasuki pekan Wakaf Bharu. Ia boleh dianggap tidak termasuk kawasan pekan, biarpun hanya berada di seberang landasan. Kawasan letak kenderaan yang luas dan tidak lagi kesesakan lalu lintas.