Wednesday 1 September 2021

LAPACHO SUMBER ANTIOKSIDAN TERBAIK

Banyak jenis pokok kaya dengan sebatian atau unsur yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan perubatan. Salah satu jenis pokok tersebut ialah pokok lapacho yang berasal dari tanah pegunungan dan hutan hujan Paraguay, Argentina dan Brazil. Pokok ini mempunyai sebatian yang mampu merawat pelbagai jenis barah serta masalah kesihatan yang lain.

Bahagian pokok lapacho didapati mengandungi nilai perubatan yang tinggi ialah kulit batang pokok, khususnya bahagian dalamnya yang dipanggil 'floem'.

Kaum Asli di Amazon telah lama menggunakan lapacho digunakan sebagai antibiotik semula jadi untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh, daya mencegah penyakit, membunuh kuman, mengurangkan kesakitan, melancarkan pengeluaran air kencing dan juga sebagai penawar untuk racun.

Cara penggunaan yang biasa diamalkan masyarakat Asli di Amazon ialah dijadikan teh. Bahagian kulit direbus dan diminum airnya. 

Namun kini, cara penggunaan lebih mudah apabila ia telah diproses dan dimasukkan ke dalam kapsul. 

Kebaikan utama diperoleh dengan amal pengambilan kapsul lapacho ialah sebagai antioksidan. Sebatian antioksidan amat penting untuk mengatasi masalah serangan radikal bebas yang menjadi punca kebanyakan masalah kesihatan masa kini. 

Masalah muka gatal akibat pemakanan atau berpunca dari dalam badan boleh diatasi dengan pengambilan lapacho. Ia berperanan sebagai antibiotik dan agen penyembuhan dari dalam. 

Khasiat lapacho:
- Membantu menguatkan sistem imun badan
- Sifat antioksidan yang kuat.
Antivirus.
- Antibakteria.
Mengatasi demam
- Mencegah selesema.
- Antikanser.
- Merawat gout
- Mencegah kerosakan sel
- Mempercepatkan pemulihan kesakitan 
- Mengelak masalah penglihatan
- Membantu mengatasi masalah jantung
- Meningkatkan daya pencegahan penyakit 
- Melancarkan pembuangan air kencing
- Mengurangkan kesan racun 
- Meredakan resdung 
- Mengurangkan rasa gatal bahagian muka
- Mengurangkan alahan makanan laut
- Mengurangkan kesan radikal bebas

Lapacho bukan ubat. Ia pemakanan tambahan yang memberi kesan berbeza-beza mengikut individu. Perlu penggunaan berterusan untuk kesan maksimun. Ia memberi kebaikan dalam pelbagai aspek berkaitan kesihatan yang sebenarnya amat diperlukan semua peringkat umur dan keadaan kesihatan. Ia memberi kesan pencegahan dan penyembuhan. Mencegah lebih baik daripada berubat.

Dapatkan produk lapacho secara dalam talian. 
Mudah, cepat murah. 
Klik patutan di bawah.

No comments:

Post a Comment