
Bahasa Melayu pernah berdiri megah menjadi bahasa pengantar di
rantau Asia pada kurun ke-15. Ia berlaku selepas Empayar Kerajaan Melayu Melaka
menjadi pusat perdagangan, pertemuan dan penyebaran ilmu yang masyhur ke
seluruh dunia.
Sifat
semula jadi bahasa Melayu itu sendiri yang mudah dipelajari dan difahami, membuatkannya
menjadi bahasa terpenting seperti bahasa Inggeris pada ketika ini.
Budaya
Melayu pada dasarnya kaya dengan penggunaan bahasa yang diperlambangkan dengan
peribahasa, bidalan, simpulan bahasa, pantun, seloka, gurindam, teromba, syair
dan sebagainya.
Ungkapan
ini digarap halus dengan butir kata yang menawan, dan selalunya dikaitkan
dengan kejadian alam sekeliling seperti keindahan flora dan fauna yang ada di
sekeliling masyarakat Melayu itu sendiri.
Makna
di sebalik bahasa itu sebenarnya berkait rapat dengan sikap, adab dan budaya
masyarakat.
Kepentingan
bahasa dalam masyarakat Melayu menunjukkan bahawa bahasa selalunya mempunyai
makna kedua atau tersirat, iaitu budi bahasa dan sopan santun.
Masyarakat
Melayu juga sangat mementingkan adab ketika berbahasa. Adab merujuk kepada
garis panduan tatacara berbahasa dalam sesuatu perbualan, sesuai dengan norma
kehidupan masyarakat itu sendiri.
Sopan
santun diungkapkan melalui bidalan, peribahasa, pantun, papatah dan perumpamaan
agar maksud yang ingin disampaikan supaya dapat difahami tanpa mengguris,
menyakiti hati atau menjatuhkan air muka penutur dan pendengarnya.
Penggunaan
bahasa dalam masyarakat Melayu dengan itu terus dijaga rapi kerana ini
melambangkan budi pekerti serta personaliti penutur.
Kayanya
bahasa kita. Penuh berbudi bahasa dan sopan santun.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment