Pokok
jelai termasuk dalam kumpulan rumput. Sekali lihat pokoknya seperti pokok jagung,
tetapi daunnya lebih pendek. Pokok ini tumbuh serumpun dan mempunyai batang tegak.
Pokok
ini mengeluarkan buah keras dan berlubang di tengahnya. Sebab itu buah jelai juga
dikenali buah tasbih kerana ia dicucuk pada tali seperti tasbih. Kanak-kanak dahulu
menjadikah buah tasbih menjadi rantai atau gelang mainan.
Ia
berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat bila masak.
Ia menjadi hitam apabila tua.
Pokok
jelai termasuk dalam kumpulan yang boleh digunakan sebagai herba. Terdapat manfaat
atau khasiat boleh digunakan untuk kebaikan kesihatan.
Sakit
kepala dan migrin.
–
Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air
panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman ini selepas suam.
Deman
kuning.
–
Rebus 15 gram akarnya sehingga air rebusan tinggal setengah. Kemudian, air ini
ditapis dan diminum 2 kali sehari. Di samping itu, pesakit perlu minum banyak
air masak semasa mengamalkan tonik ini.
Batu
karang.
–
Kira-kira 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga
masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 gram bagi mengubati
jangkitan pundi kencing dan kencing kotor.
Masalah
sendi.
Ambil
30 gram buah yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum
airnya semasa sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya
yang disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat
menghaluskan kulit . Ia juga menjadi penawar appendiks dan cirit-birit.
Dalam
perubatan tradisional Cina, jelai adalah tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk
dan berfungsi merehatkan otot, antitumor, penahan sakit, menurunkan kandungan
gula dalam darah dan merawat demam.
Ia
juga dijadikan ubat bagi merawat cacing. Selain itu, masyarakat Cina juga
menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu
dijadikan bubur dan sup.
No comments:
Post a Comment