Mengapa
buah perlu dibalut? Banyak sebab mengapa buah perlu dibalut. Sebab pertama ialah
untuk mengelak buah diserang oleh lalat buah. Lalat buah memang kecil, tetapi
kesan serangan lalat buah boleh merosakkan buah sehingga hasilnya tidak sempat
dipetik atau tidak sesuai lagi untuk dimakan.
Di
kawasan yang terdapat burung gagak, membalut buah dapat mengelak ia dimakan
burung yang dianggap bijak itu. Burung gagak biasanya hanya akan makan atau
mencuri buah yang sudah masak.
Jika
buah dibalut, burung gagak tidak dapat mengetahui mana buah yang telah masak.
Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, burung gagak akan membelek atau mengoyak
pembalut untuk melihat mana buah yang telah masak.
Sebagaimana
dijelaskan awal tadi, sebab utama buah dibalut ialah untuk mengelak ia diserang
oleh ulat buah.
Serangan
lalat buat yang kritikal boleh menyebabkan buah rosak sebelum matang atau
sebelum dipetik.
Kalaupun
sempat matang, kualiti buah terjejas dan hanya sebahagian buah boleh dimakan.
Buah sedemikian tidak lagi sesuai untuk dijual.
Hasil
pendapatan petani turut terjejas disebabkan kualiti buah rosak akibat diserang
lalat buah kerana lambat dibalut.
Antara
buah yang perlu dibalut ialah mangga, belimbing besi dan jambu batu. Buah
tersebut memang mudah terdedah kepada serangan lalat buah jika tidak dibalut.
Biarpun
penggunaan racun serangga boleh digunakan untuk membunuh atau menghalang
kedatangan lalat buah, namun keberkesannnya agak terhad dan boleh mendatangkan
mudarat.
Membalut
buah dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia daripada mencemarkan alam
sekitar selain mengurangkan kesan sampingan kepada pengguna.
Maka,
cara terbaik untuk mengatasi masalah lalat buah ialah dengan membalut buah
berkenaan. Pembalut yang digunakan sama ada plastik sepenuhnya atau kertas
separa plastik.
Dapatkan plastik balut buah

No comments:
Post a Comment