Thursday 30 June 2022

Jejak Asnaf Siri Satu Tahun 2022 Jajahan Tumpat

 
Majlis Agama Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melaksanakan Program Jejak Asnaf Siri Satu Tahun 2022 Jajahan Tumpat telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis (23 Jun 2022) lalu. Seramai lima keluarga telah terpilih untuk menerima bantuan daripada pihak MAIK pada kali ini.

Program Jejak Asnaf ini merupakan satu inisiatif berkesan pihak MAIK bagi mengesan dan membantu asnaf yang memerlukan bantuan terutama dalam suasana dan ekonomi yang tidak menentu akibat penularan wabak Covid 19 yang sudah memasuki tahun ketiga ini.

Setiap daripada mereka menerima bantuan wang tunai RM1,000.00, sebuah kotak mengandungi bahan mentah keperluan asas dan sekampit beras 5 kg.

Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat kepada MAIK.

Semoga Allah memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya dan menambah keberkatan padanya.

No comments:

Post a Comment