
Di Kelantan terkenal ketupat palas tiga bucu
(ketupat) yang menjadi hidangan terutama ketika sambutan hari raya. Tidak
meriah hari raya tanpa ketupat dan tapai pulut.
Kini ada pengusaha ketupat menjadikan ia
sejuk beku. Dibuat sepanjang tahun dan dipasarkan seluruh Kelantan dan luar
Kelantan.
Ketupat sejuk beku sepertimana makanan
sejuk beku lain boleh disimpan lama dan mudah disiapkan untuk persediaan
sebelum dihidangkan.
Hanya perlu masukkan ke dalam ketuhar
gelombang mikro selama kira-kira 12 minit dengan kepanasan 190 darjah. Selepas
itu siap untuk dihidangkan yang mana rasanya macam baharu dibuat.
No comments:
Post a Comment