Fenomena
Gerhana Bulan pada 26 Mei 2021 (Rabu) akan berlaku selepas Bulan berada pada
kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309km.
Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand
dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii.
Fenomena
gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16:47 dan berakhir pada jam
21:50 waktu Malaysia. Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena
tersebut ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah
dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut
hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.
Pada
26 Mei 2021 (Rabu), fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil ‘𝙎𝙪𝙥𝙚𝙧 𝙁𝙡𝙤𝙬𝙚𝙧 𝘽𝙡𝙤𝙤𝙙 𝙈𝙤𝙤𝙣’ akan menyebabkan
Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada
fasa gerhana penuh. Fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam
Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee).
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗛?
Fenomena
ini disebut sebagai serakan Rayleigh, iaitu fenomena yang menyebabkan matahari
kelihatan kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan
berwarna-warni dan langit kelihatan kebiruan.
𝗖𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶
Semasa
Gerhana Bulan Penuh, Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke
permukaan Bulan. Apabila Bulan berada sepenuhnya dalam bayang umbra Bumi,
cahaya Matahari masih boleh sampai dan menyinari Bulan. Cahaya Matahari akan
melalui atmosfera Bumi terlebih dahulu dan kebanyakan cahaya warna biru akan
ditapis. Cahaya yang tertinggal ialah warna merah atau jingga yang lebih malap
berbanding dengan cahaya putih Matahari.
𝗔𝘁𝗺𝗼𝘀𝗳𝗲𝗿𝗮 𝗕𝘂𝗺𝗶
Atmosfera
Bumi juga membiaskan sebahagian cahaya Matahari dan hanya sebahagian kecil
sahaja yang sampai dan menyinari Bulan. Kesan penapisan dan pembiasan cahaya
matahari oleh atmosfera Bumi menyebabkan Bulan kelihatan merah semasa gerhana
maksimum. Jika Bumi tiada atmosfera, maka Bulan akan berada dalam keadaan gelap
sepenuhnya semasa berlakunya Gerhana Bulan Penuh.
No comments:
Post a Comment