Maaf
saya terpaksa keluar dari group ini. Dengan penuh rasa rendah diri ingin saya
maklumkan kepada semua ahli group ini bahawa saya terpaksa 'left' dari group
ini. Bukan group ini saja yang saya left, bahkan banyak juga group lain.
Perkara
ini terpaksa dilakukan memandangkan masalah saya untuk membaca setiap 'post'
rakan-rakan yang banyak dan panjang.
Ada
post yang berulang-ulang. Itu tidak termasuk lagi pos yang sama di group-group
lain.
Ada
juga yang 'silap pintu'. Tidak kurang juga yang sekadar salin dan tampal tanpa
tahu apa maksud kandungan yang disalin dan ditampal itu.
Ada
berita yang sudah selesai atau basi disebarkan. Ada juga pos jenaka atau
sekadar hendak mengena ahli group.
Sebenarnya
saya tidak kisah sangat masalah di atas. Saya terhibur juga baca pos yang
berkenaan. Masalah besar sebenarnya ialah masalah penglihatan saya.
Saya
tidak dapat membaca lama di paparan telefon. Mata akan sakit dan kepala mula
pening.
Sebab
itu saya jarang respon atau membuat pos di group. Saya sukar untuk menaip di
telefon. Kalaupun ada, itupun dilakukan dengan 'terpaksa'.
Saya
pernah 'mual' dan fobia selama beberapa hari dengan whatsapp disebabkan sebelum
itu saya terpaksa berwhatsapp beberapa jam.
Sebab
itu saya amat jarang buka whatsapp. Kadang-kadang lebih sehari. Bila buka
jumlah yang belum dibaca hingga lebih 1,000.
Memang
tidak terbacalah. Maka, banyak perkara berkaitan pengumuman terlepas pandang.
Ada
rakan yang komen mengapa saya tidak respon kepada pos rakan-rakan. Macam saya
buat main-main saja sesetengah pos yang dianggap penting.
Atau
dituduh saya antisosial atau tidak mahu berkawan dengan ahli group lain.
Saya
tidak terasa dengan anggapan kawan itu. Mereka tidak tahu masalah saya. Maka
itu, mengapa saya membuat penjelasan ini.
Sebab
lain saya terpaksa kurangkan penyertaan dalam group ialah untuk jimatkan data.
Maklumlah,
saya hanya guna data pascabayar 1 mb saja untuk sebulan. Kalau buka video
memang banyak kena buka data.
Satu
lagi masalah ialah saya guna telefon 'cap ayam'. Tidak boleh simpan banyak
data. Boleh jadi 'jam' kalau terlalu banyak data masuk melalui whatsapp.
Memandangkan
selama ini pun saya hanya 'menumpang' dalam group ini seumpama melukut di tepi
gantang. Tiada tidak mengurangkan, ada tidak akan menambahkan.
Jadi,
ahli group lain tidak akan terasa akibat saya left. Tidak rugi dan tidak juga
untung. Sekali lagi saya memohon maaf terpaksa keluar dari group ini.
Saya
akan left group ini berkuatkuasa serta merta apabila saya tekan icon Exit Group
dan anda akan lihat nombor atau nama saya 'left'.
Selagi
saya tidak tekan Exit Group atau tidak dikeluarkan oleh pentadbir kumpulan,
maka itu saya akan terus kekal di dalam group ini.
Sekian
penjelasan saya.
No comments:
Post a Comment