Friday 2 July 2021

Sokong usaha bendera putih

Saya menyokong usaha #benderaputih.

Sebenarnya, saya baharu memberi bantuan kepada sekeluarga yang gantungkan bendera putih.

Cuma saya terlupa ambil gambar dan berasa tidak perlu untuk mengumumkan siapa yang saya bertuah untuk berkenalan kerana bendera putih.

Bagi ahli politik yang tidak setuju dengan gerakan ini, jangan risau. Pihak yang setuju sedia untuk membantu.

Bagi ahli politik yang menyertai gerakan ini, syabas! Diharap jangan guna ini sebagai alasan untuk menyerang atau politikkan isu.

Saya sedih bila mendapati orang yang membantu dengan ikhlas dikutuk oleh orang lain pula.

Janganlah kita kutuk-mengutuk, banyakkanlah bantu-membantu. Pandemik ini perlukan keprihatinan daripada semua pihak.

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kesusahan rakyat Malaysia seolah-olah kesusahan keluarga kita. Kita bantu saja tanpa mengira kaum.

FB: Ng Sing Phing

No comments:

Post a Comment