Buah jering muda sedap dibuat ulam. Rasanya unik dan banyak khasiat. Pun begitu, berhati-hati jika makan jering. Elakkan makan terlalu banyak jering muda, mahupun jering tua.
Jika makan dalam kuantiti sederhana, sekitar tidak melebihi 10 biji sekali makan, kebanyakan orang tidak menunjukkan kesan buruk.
Kalau hendak makan jering dalam kuantiti yang banyak, elok direbus dahulu, terutama jering tua.
Jering
perlu direbus terlebih dahulu untuk mengurangkan kesan ‘djengkolic acid’. Djengkolis acid dipercayai akan menjejaskan sistem buah pinggang sekiranya diambil dengan kadar
yang banyak. Hal ini terutama kepada mereka mengalami masalah buah pinggang.

No comments:
Post a Comment