Monday, 11 April 2022

NGO Malaysia santuni kanak-kanak Rohingya

 
Kanak kanak yang dikategori sebagai Tidak Bernegara dan Manusia Paling Ditindas Di Dunia. Inilah hakikat yang dialami jutaan kanak-kanak Rohingya yang melarikan diri bersama keluarga dari Myanmar ke Coxs Bazar di Bangladesh.

Kanak-kanak ini berstatus Tidak Bernegara disebabkan tiada pengenalan diri atau dokumen sah yang mencatatkan kewarganegaraan mereka. Bukan mereka sahaja berstatus Tidak Bernegara, bahkan ibu bapa mereka juga mengalami nasib sama kerana ketika melarikan diri ke Bangladesh, tiada dokumen yang dibawa bersama disebabkan rumah dan kampung mereka dibakar.

Terdapat NGO dari Malaysia yang sentiasa menyantuni mereka, terutama ketika Ramadan di penempatan sementara. Kedatangan wakil NGO dari Malaysia sentiasa dinanti-nanti yang membawa sedikit sinar kegembiraan untuk mereka. Hakikatnya, mereka sendiri tidak kenal di manakah Malaysia.

Ada NGO Malaysia yang sudah 12 tahun menyantuni kumpulan ini sejak konflik berdarah 2011. Banyak penderitaan yang telah wakil NGO tersebut saksikan.

Gambar ini adalah sebahagian rakaman perjalanan Johan Ariff, wakil NGO yang mengikuti rapat penderitaan kanak-anak yang terpisah dengan ibu bapa atau ahli keluarga mereka. Gambar ini dirakamkan pada 11 April 2022.

Setiap Ramadan mereka akan menantikan bendera Jalur Gemilang menyantuni mereka dan seterusnya menghilangkan lapar dan dahaga biarpun untuk seketika cuma.

Terima kasih Malaysia.

Sumber gambar dan maklumat: Johan Ariff.  

No comments:

Post a Comment