Wednesday 18 May 2022

GANDUM BIJIRIN MAKANAN ASASI

 
Gandum merupakan satu kumpulan tanaman bijirin dari keluarga poaceae yang sama dengan kumpulan tanaman padi yang kaya karbohidrat.

Walau pun di Malaysia tidak terdapat tanaman gandum, komoditi itu adalah bahan utama dalam bentuk tepung yang digunakan makanan utama di negara ini selain daripada beras.

Makanan harian orang kita seperti kuih muih, roti canai, roti dan mi kebanyakannya menggunakan tepung gandum sebagai bahan asas. Malah pada tahun 2016, Malaysia dikatakan menggunakan gandum melebihi beras sebagai makanan asasi.

Sejak zaman prasejarah, manusia sudah mengenali tanaman gandum yang merupakan sebagai sejenis tanaman biji-bijian sebagai sumber makanan lebih 8,000 tahun.

Menerusi kajian dan penemuan arkeologi, gandum didapati berasal dari Asia Barat seperti sekitar Laut Merah dan Laut Mediteranian atau kawasan sekitar Turki, Syria, Iraq dan Iran.

Bagaimana pun sejarah negara China menunjukkan tanaman gandum telah berada di negara tersebut secara komersil semenjak 2,700 tahun sebelum masihi lagi.

Tanaman gandum disebarkan ke England dan negara-negara Eropah serta Amerika Syarikat pada kurun ke 18 sebagai tanaman peniting sehingga sekarang.

Gandum ditanam selama 110 hingga 130 hari bermula daripada proses menanam sehingga menuai bergantung kepada keadaan cuaca, varieti gandum, kaedah pengurusan dan jenis tanah.

No comments:

Post a Comment