Selera
kampung. Biarpun rakyat Malaysia telah diperkenalkan pelbagai menu antarabangsa
dari pelbagai negara seluruh dunia, namun selera kampung masih lagi memikat
hati. Makanlah apa saja menu antarabangsa, tetapi selera kampung tidak
ditinggalkan.
Memang
susah nak dapat makanan atau menu selera kampung di restoran atau hotel hebat.
Mereka lebih gemar menyediakan menu dari luar negara sebagai tarikan pelanggan.
Tetapi,
ada juga restoran yang mengekalkan tradisi makanan tempatan yang terus mendapat
sambutan pelanggan setia. Malah mereka mengguna nama 'selera kampung' untuk
restoran dan kedai makan.
Selera
kampung merujuk kepada hidangan atau menu yang menggunakan resipi tempatan yang
menjadi hidangan masyarakat dulu.
Penggunaan
bahan tempatan seperti ikan, udang, santan dan daging serta rampah ratus
seperti kunyit, halia, lengkuas dan lain-lain menjadi pilihan. Sayur-sayur
tempatan seperti kacang panjang, bendir, kacang botol, taugeh dan sawi menjadi
pilihan.
Tidak
ketinggalan dalam menu selera kampung ialah penampilan ulam yang terdiri
pelbagai jenis pucuk muda, daun, buah dan umbisi.
Paling
ketara dalam selera kampung ialah pelbagai jenis pencicah seperti budu,
cencalok, kuah asam, belacan dan tempoyak.
Hebatnya
selera kampung kerana rasanya unik dan pelbagai. Khasiatnya amat banyak dan
amat baik untuk menjaga kesihatan. Sumber asli bebas dari racun dan kandungan
yang membahayakan kesihatan.
No comments:
Post a Comment