Beras adalah keperluan asasi kepada
penduduk Malaysia. Beras ditanak menjadi nasi yang menjadi makanan utama
penduduk Malaysia. Biarpun gandum, ubi, bijirin, buah, ikan dan sayur-sayuran
turut dijadikan bahan makanan, keperluan utama tetap kepada beras.
Dengan kata lain, bahan asas makanan yang
perlu diutamakan ialah beras melalui proses penanaman padi.
Proses penanaman padi dilakukan di bendang
atau sawah di kawasan tanah landai. Namun, ada juga padi jenis padi bukit yang
ditanam di lereng bukit. Padi bukit juga dikenali padi huma.
Penghasilan beras negara masih ditahap
belum memenuhi keperluan tempatan atau keperluan sara diri. Jadi, keperluan
beras perlu diimport dari luar negara untuk memenuhi keperluan rakyat.
Import besar sebenarnya lebih
menguntungkan. Kos penghasilan beras di luar negara lebih murah kerana kos
buruh yang murah dan kawasan penanaman padi yang luas.
Namun begitu, usaha penanaman padi sendiri
perlu diutamakan untuk memenuhi keperluan tempatan. Ini kerana bekalan beras
luar negara tidak stabil apabila ada negara menghentikan eksport beras mereka
kerana atas alasan tertentu.
Jadi, pihak kerajaan perlu memberi tumpuan
kepada menggalakkan rakyat menanam padi untuk menghasilkan beras. Tanah-tanah
pertanian untuk penanaman padi perlu ditambah keluasannya. Tanah-tanah terbiar
perlu dipulihkan untuk tanaman padi.
Tanah untuk tanaman padi perlu lebih
diutamakan berbanding dijadikan ladang durian musang king. Durian musang king
bukan satu keperluan asas. Ia termasuk barangan mewah apabila harganya pada
tahap kayangan. Bahkan, durian musang king yang diusahakan secara ladang
berstatus mega lebih kepada untuk tujuan eksport.
Kerajaan perlu utamakan keperluan makanan
asasi rakyat, bukannya untuk tujuan eksport yang hanya memberi keuntungan
lumayan kepada golongan tertentu.
Kelantan miliki ladang musang king terbesar
Gambar - internet
No comments:
Post a Comment