Friday 8 September 2023

RUKUN NEGARA PERKUKUHKAN PERPADUAN

 
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.
 
Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.
 
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
 
Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-
 
Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Bahagian Kedua
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

Gambar - Sumber internet

No comments:

Post a Comment