Friday, 31 January 2025

KERJA LEBIH, HASIL BELUM TENTU BANYAK

 
Secara teori, lebih banyak bekerja, hasilnya lebih banyak. Hasil berkadaran den usaha. Banyak berusaha, banyaklah hasilnya.
 
Namun, perlu diingatkan, untuk menghasilkan sesuatu yang lebih dan baik, tidak semestinya melalui masa kerja yang lebih lama.
 
Kecekapan, kemahiran, pengetahuan dan cara kerja yang betul banyak menentukan kejayaan sesuatu usaha.
 
Tanpa unsur-unsur tersebut akan menyebabkan kerugian produktiviti dan mewujudkan lebih banyak selang masa yang tidak produktif.
 
Keadaan itu bukan sahaja kerugian produktiviti dan tidak produktif, tetapi juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan fizikal dan mental.
 
Apabila berlaku atau pekerja mengalami masalah kesihatan fizikal dan mental, akan lebih mempengaruhi tahap produktiviti. Produktiviti dan kualiti kerja semakin terjejas.
 
Sebab itu, pengurusan kerja perlu berkesan. Peningkatan kemahiran dan menggunakan peralatan moden yang sersangkutan dengan bidang tugas perlu dimaksimakan.
 
Jadual kerja yang anjal dan berfokus perlu diberi keutamaan. Tidak perlu memaksa pekerja berada di tempat kerja, sedangkan tidak ada tugas yang boleh dilakukan. Elok mererka diberi cuti atau “santai-santai” di tempat kerja.
 
Perasaan gembira dan terhindar tekanan perasaan di tempat kerja dapat meningkatkan motivasi pekerja, seterusnya meningkatkan produktiviti.
 
Pekerja sendiri perlu bijak mengatur aktiviti seharian. Libatkan diri dengan aktiviti riadah dan menyihatkan. Utamakan gaya hidup yang sihat. Jauhkan diri daripada amalan yang tidak beretika dan membahayakan diri.

Gambar - Riadah dan santai dapat meningkatkan produktiviti

No comments:

Post a Comment