Pagi tadi, saya bersama pimpinan GERAKAN
Pusat dan Negeri telah bertemu dengan YB Mohd Asri Mat Daud, Pengerusi
Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, di
pejabat beliau di Kota Bharu.
Dalam pertemuan ini, kami membawa pandangan GERAKAN berhubung pelaksanaan pemperolehan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), khususnya di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Antara cadangan utama GERAKAN:
- Meneliti semula kaedah pelaksanaan SPHM untuk memastikan ia tidak membebankan peniaga kecil.
- Meminta PBT menangguhkan tindakan pelaksanaan, memberi masa persediaan lebih panjang kepada peniaga.
- Memperkenalkan kategori klasifikasi halal untuk perniagaan dengan bayaran dan syarat yang lebih bersasar.
Kami menekankan pentingnya dialog bersama pihak berkepentingan bagi memastikan polisi yang dilaksanakan lebih inklusif dan berpaksikan kepada keperluan rakyat.
YB Mohd Asri memberikan jaminan bahawa cadangan ini akan dibawa ke perhatian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Beliau turut menekankan bahawa pendekatan kerajaan negeri adalah untuk kebaikan bersama, terutama dalam aspek kebersihan, tatacara penyajian, dan keyakinan pengguna.
GERAKAN komited untuk terus memperjuangkan suara rakyat dan menyokong pelaksanaan yang seimbang serta adil untuk semua pihak.
FB Wendy Subramaniam
6 Januari 2025
No comments:
Post a Comment