Pengusahaan Cik Minah
Songket ditubuhkan sekitar seawal tahun 1950an. Kini ia diwarisi kepada salah
seorang anaknya. Pengunjung ke Cik Minah Songket berpeluang untuk melihat
sendiri cara-cara atau proses untuk menenun songket (teknik menyungkit). Proses
menenun songket agak rumit dan hanya dapat dilakukan oleh orang yang tekun dan
mahir sahaja.
Kebiasaannya, sehelai
songket mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk disiapkan bahkan ada
yang mengambil masa berminggu-minggu bergantung kepada corak yang ditenun.
Mahalnya songket
bergantung kepada jenis bunga yang ditenun atau disungkit pada kain songket,
tidak hairanlah jika harga satu kain songket mencecah harga berbelas ribu
ringgit kerana semakin banyak dan kualiti bunga, makin susah dan mengambil masa
yang lama untuk disiapkan disamping kualiti kain yang tinggi.
Memandangkan proses
menyiapkan songket agak rumit dan hanya mendapat tempahan tertentu, tidak ramai
pengusaha songket bergiat aktif. Songket perlu dipertahankan sebagai warisan
bangsa dan promosi penggunaan kain songket, terutama dalam acara rasmi kerajaan
perlu ditingkatkan.
Terdapat sebuah lagu
popular masa dahulu mengenai kain songket yang dinyanyikan oleh Biduan Negara
Puan Sri Saloma.
LIRIK
LAGU KAIN SONGKET (SALOMA)
Pemuda
pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun Melayu
Mula asalnya dari Terangganu
Oh abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun Melayu
Mula asalnya dari Terangganu
Oh abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Oh
abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Kain songket pakaian anak Melayu
Tapi sayang tak boleh pakai selalu
Tapi sayang tak boleh pakai selalu
Kerana jemu mata memandang
tidak seperti batik basahan
Berbagailah macam boleh digayakan
Setiaplah hari jikalau berjalan
Berbagailah macam boleh digayakan
Setiaplah hari jikalau berjalan
Sungguh banyak dipakai masa hari raya
Miskin kaya kecil besar tua muda
Miskin kaya kecil besar tua muda
Apa lagi yang lelaki tua
Dia berjalan dengan kaki tiga
Tersenyum pula sambil ketawa
Sayang sedikit giginya dua
Tersenyum pula sambil ketawa
Sayang sedikit giginya dua
Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun Melayu
Mula asalnya dari Terangganu
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Kain songket pakaian anak Melayu
Tapi sayang tak boleh pakai selalu
Tapi sayang tak boleh pakai selalu
Kerana jemu mata memandang
tidak seperti batik basahan
Berbagailah macam boleh digayakan
Setiaplah hari jikalau berjalan
Berbagailah macam boleh digayakan
Setiaplah hari jikalau berjalan
Sungguh banyak dipakai masa hari raya
Miskin kaya kecil besar tua muda
Miskin kaya kecil besar tua muda
Apa lagi yang lelaki tua
Dia berjalan dengan kaki tiga
Tersenyum pula sambil ketawa
Sayang sedikit giginya dua
Tersenyum pula sambil ketawa
Sayang sedikit giginya dua
Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun Melayu
Mula asalnya dari Terangganu
Oh
abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Oh
abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Oh
abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
No comments:
Post a Comment