Saturday 14 July 2018

KHASIAT PUCUK UBI KAYU MENGUATKAN DAYA INGATAN

Pucuk daun ubi kayu boleh dijadikan sayur. Pucuk daun ubi kayu sering digunakan untuk masakan kampung, antaranya masak lemak cili padi, goreng cili api, sambal tempoyak petai dan pucuk ubi, rendang, ulam dan kerabu.

Untuk mendapatkan pucuk ubi kayu tidak sukar kerana pokok ubi kayu mudah tumbuh. Di kampung-kampung, terdapat kawasan yang pokok ubi kayu dianggap sebagai semak kerana banyak tubuh dengan sendiri melalui keratan batang yang dibuang di sesuatu tempat. Jadi, sesiapa pun boleh petik pucuk daun ubi kayu di kampung dengan percuma.

Pucuk daun ubi kayu adalah sayuran organik 100 peratus kerana pokok ubi kayu boleh ditanam di hampir semua tempat tanpa memerlukan penjagaan yang khusus. Pokok ubi kayu tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun. Ini menjadikan sayuran pucuk ubi ini amat tinggi nilainya.

Namun, pucuk daun ubi kayu ada banyak jenis. Ada jenis pokok ubi kayu yang daun pucuknya agak pahit. Jenis paling sesuai untuk dijadikan daun pucuk ubi kayu sayur ialah pokok ubi kayu pulut.

Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan. 

Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim.

Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga. 

Kandungan protein dalam daun ubi kayu dikatakan setara dengan protien yang terdapat dalam telur. Daun ubi kayu juga mengandungi lebih dari 60 peratus asid amino esensial. 

Sebab itu daun ubi kayu sangat untuk mencegah sembelit, baik untuk kesihatan mata, dan meningkatkan ketahanan tubuh. 

Asid amino dalam daun ubi kayu juga berguna untuk pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak. Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik.

Selain itu juga ia membantu memulihkan sistem metabolisme tubuh. Klorofil dalam daun juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen antikanser.

Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan. Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman.

Tubuh kita memang memerlukan semua khasiat yang terkandung dalam daun ubi ini tapi mampukah kita untuk makan pucuk ubi dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan tubuh.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete