Saturday, 5 July 2025

UMNO TIDAK PERLU AHLI GOYANG

 
UMNO tidak perlu kepada ahli yang goyang. Mana-mana ahli yang tidak dapat menerima kedudukan UMNO yang sekarang bukan lagi dominan, mereka boleh tinggalkan parti tersebut.
 
Itulah hakikat diterima UMNO sepanjang tempoh 22 bulan UMNO menjadi pembangkang sebelum ini, banyak ahli termasuk pemimpin telah meninggalkan parti berkenaan. Baru diuji sedikit, sudah lari.
 
Namun, itu hanya segelintir. Kesetiaan ahli UMNO dari peringkat akar umbi sehingga pemimpin terus kekal mempertahankan dan yakin kepada perjuangan UMNO. Sebab itu, UMNO terus utuh dan mampu bertahan sehingga sekarang biarpun dilanda badai, termasuk dikhianati bekas pemimpin yang ingin menguburkan parti itu.
 
Selepas mengalami kekalahan pada PRU ke-14, UMNO diuji dengan pelbagai dugaan. Bukan sahaja hilang kuasa dan jawatan, malah harta milik UMNO dirampas dan akaun dibekukan. Paling teruk ada usaha untuk mengharamkan UMNO.
 
Kalau setakat digelar atau dilabelkan "UMDAP", itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pun kepada kesetiaan ahli akar umbi UMNO. Kalau ada yang terganggu dengan gelaran itu, itu tandanya ahli berkenaan tiada jati diri. Bila-bila masa pun akan meninggalkan UMNO disebabkan perkara-perkara kecil lain.
 
Sehingga sekarang UMNO masih pertubuhan yang sah. Malah kembali menyertai parti pemerintah, biarpun bukan sebagai dominan. Itulah tanda kekuatan dan penerimaan UMNO di kalangan ahli dan rakyat.
 
Semakin diuji, bertambah lagi kesetiaan kepada parti. Itu yang berlaku kepada ahli UMNO. Parti itu kekal konsisten memperjuangkan agama dan bangsa. Malah, dengan menyertai Kerajaan Perpaduan, UMNO dapat meneruskan perjuangan yang diasaskan ketika penubuhan pada tahun 1946 dahulu. 

No comments:

Post a Comment