Friday 17 July 2020

NAMA GELARAN PANGKAT PEGAWAI TLDM

Dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat (TD), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempunyai sistem peringkat yang sama untuk pegawai.

Bagi TD dan TUDM gelaran pangkat adalah sama, tetapi untuk membezakan pegawai tersebut dari cabang perkhidmatan mana, maka untuk pegawai TUDM akan ‘ditambah’ perkataan TUDM selepas nama. Contohnya Kapten Azlan Ahmad (TUDM).

Tetapi, untuk pengkat pegawai TLDM, nama pangkat adalah berbeza yang sering orang awam keliru. Bahkan, di kalangan anggota tentera dari cabang perkhidmatan lain juga ada yang keliru atau tertukar apabila ingin disamakan dengan pangkat pegawai cabang perkhidmatan Tentera Darat dan TUDM.

Untuk Tentera Darat dan TUDM, pangkat pegawai paling rendah bermula dengan Pegawai Kadet (belum ditauliahkan sebagai pegawai), seterusnya Leftenan Muda, Leftenan, Kapten, Mejer, Leftenan Kolonel, Kolonel, Brigedier Jeneral, Mejer Jeneral, Leftenan Jeneral dan Jeneral.

Manakala untuk TLDM, bermula dengan Kadet dan Pegawai Kadet Kanan, seterusnya Leftenan Muda, Leftenan Madya, Leftenan, Leftenan Komander, Komander, Kepten, Laksamana Pertama, Laksamana Muda, Laksamana Madya dan Laksamana.

Terdapat tiga sebutan pangkat yang sama dalam TLDM dengan Tentera Darat dan TUDM, nama hanya satu yang setaraf atau sama pangkat iaitu Leftenam Muda yang semua cabang perkhidmatan.

Sedangkan pangkat Leftenan dalam TLDM adalah sataraf dengan Kapten Tentera Darat dan TUDM. Manakala pangkat Kepten dalam TLDM adalah setaraf dengan pangkal Kolenel Tentera darat dan TUDM. 

Sebenarnya ejaan untuk kedua-dua pangkat juga berbeza. Untuk TLDM ‘Kepten’ dan Tentera Darat ‘Kapten’. Ejaan lain biarpun sebutan sama.

Semoga anda tidak lagi keliru perbezaan pangkat untuk pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam ATM.

No comments:

Post a Comment