Friday, 6 July 2018

KAMPUNG PENAMBANG LOKASI MEMBUAT SONGKET KELANTAN

Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan terkenal pusat kain songket Kelantan. Kain songket Kelantan adalah warisan pengusahaan menenun songket yang diwarisi berzaman. Terdapat beberapa pengusaha songket di Kampung Penambang. Paling sinonim dengan songket Penambang ialah Cik Minah Songket.

Pengusahaan Cik Minah Songket ditubuhkan sekitar seawal tahun 1950an. Kini ia diwarisi kepada salah seorang anaknya. Pengunjung ke Cik Minah Songket berpeluang untuk melihat sendiri cara-cara atau proses untuk menenun songket (teknik menyungkit). Proses menenun songket agak rumit dan hanya dapat dilakukan oleh orang yang tekun dan mahir sahaja.

Kebiasaannya, sehelai songket mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk disiapkan bahkan ada yang mengambil masa berminggu-minggu bergantung kepada corak yang ditenun.

Mahalnya songket bergantung kepada jenis bunga yang ditenun atau disungkit pada kain songket, tidak hairanlah jika harga satu kain songket mencecah harga berbelas ribu ringgit kerana semakin banyak dan kualiti bunga, makin susah dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan disamping kualiti kain yang tinggi.

Memandangkan proses menyiapkan songket agak rumit dan hanya mendapat tempahan tertentu, tidak ramai pengusaha songket bergiat aktif. Songket perlu dipertahankan sebagai warisan bangsa dan promosi penggunaan kain songket, terutama dalam acara rasmi kerajaan perlu ditingkatkan.

Terdapat sebuah lagu popular masa dahulu mengenai kain songket yang dinyanyikan oleh Biduan Negara Puan Sri Saloma.

LIRIK LAGU KAIN SONGKET (SALOMA)

Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun Melayu
Mula asalnya dari Terangganu

Oh abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya

Oh abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya

Kain songket pakaian anak Melayu
Tapi sayang tak boleh pakai selalu
Tapi sayang tak boleh pakai selalu
Kerana jemu mata memandang
tidak seperti batik basahan

Berbagailah macam boleh digayakan
Setiaplah hari jikalau berjalan
Berbagailah macam boleh digayakan
Setiaplah hari jikalau berjalan

Sungguh banyak dipakai masa hari raya
Miskin kaya kecil besar tua muda
Miskin kaya kecil besar tua muda
Apa lagi yang lelaki tua
Dia berjalan dengan kaki tiga
Tersenyum pula sambil ketawa
Sayang sedikit giginya dua
Tersenyum pula sambil ketawa
Sayang sedikit giginya dua

Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun Melayu
Mula asalnya dari Terangganu

Oh abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya
Oh abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya  
Oh abang yang manis
Oh nona yang lawa
Pakai kain songket
Pakaian budaya  

No comments:

Post a Comment