Sunday 20 September 2020

JAMBU TETEK RASA MASAM SEDAP DIBUAT JERUK

Jambu tetek sejenis jambu yang jarang ditemui. Nama lain jambu tetek ialah jambu susu. Dinamakan jambu susu kerana warna kulitnya putih susu.

Pokok jambu tetek agak besar, daunnya lebar dan kadangkala ada bintik timbul hitam seolah kena ketuat. Disebabkan pokok tetek besar, sukarlah untuk memanjatnya dan sekaligus sukar untuk mendapatkan buahnya.

Namun jangan risau, buah jambu tetek memang tidak perlu dipanjat untuk memetiknya. Tunggu sahaja ia gugur apabila buahnya telah ranum. Kalau makan buah yang dipetik tanpa gugur sendiri, rasanya tidak sedap. Rasa kelat dan masam. Jadi, elok tunggu yang gugur kerana buahnya lebih sedap.

Tetapi, satu masalah pula kalau kutip yang gugur atau ranum. Buahnya tidak boleh disimpan lama. Elok terus dimakan dalam hari yang sama ia dipungut. Kalau hendak disimpan pun bolehlah setakat sehari dua. Jika hendak disimpan lama, kenalah dijeruk. 

Buah jambu tetek tergolong buah masam. Kadar asidnya tinggi. Jadi, jika dimakan banyak boleh mengganggu proses penghadaman. Kalau makan terlalu banyak, ia akan beri kesan pening-pening dan muntah-muntah.

No comments:

Post a Comment