Syukur
di negara kita terdapat banyak kementerian, jabatan, NGO dan orang perseorangan
yang sentiasa mengambil berat soal kebajikan golongan miskin dan yang memerlukan
bantuan. Jika berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir, pasti banyak pihak
menghulurkan bantuan.
Namun
dalam banyak situasi, golongan miskin sendiri mempamerkan sikap tidak proaktif
dalam mengubah cara hidup mereka. Contohnya dalam soal pengurusan tempat tinggal
seperti kebersihan dan keceriaan rumah.
Kemiskinan
tidak sepatutnya dijadikan alasan tempat tinggal tidak diuruskan susun atur
peralatan yang ada. Begitu juga dalam soal kebersihan.
Malang
sekali, keadaan rumah orang miskin dalam keadaan tidak terurus dan kotor dengan
bau tidak menyedangkan. Mereka duduk dalam keadaan yang tidak terurus bukan
kerana tidak mampu mengurusakan diri dan tempat, tetapi lebih kepada sikap
malas.
Untuk
mencuci atau membersihkan sampah sarap tersebut, tidak memerlukan belanja, cuma
perlu sedikit kerajinan. Mereka lebih tegar berada dalam keadaan tempat
kediaman kotor dan berbau dan tiada tiada pun usaha untuk membersihkan kawasan
rumah sendiri. Padahal tubuh masih sihat dan ada masa yang cukup untuk
melakukannya.
Masa
dan kekuatan tenaga yang dimiliki tidak dimanfaatkan untuk kemaslahatan diri
sendiri. Ini bukan kes terpencil.
Salah
satu punca utama kemiskinan, iaitu kemalasan. Walaupun, kita sedar terdapat
mereka yang miskin tapi rajin berusaha, cuma peluang belum muncul.
Golongan
miskin tapi rajin tidak termasuk dalam apa yang hendak diperkatakan. Harap
jangan ada yang tersalah sangka. Mereka terkecuali dari perbincangan. Ini
terutama anak-anak yang miskin disebabkan keadaan keluarga, mereka yang ditimpa
bencana, kekurangan peluang dan seumpamanya. Golongan ini, jika mereka rajin
berusaha, suatu hari nasib mereka akan berubah.
Golongan
yang miskin disebabkan kemalasan amat mendukacitakan. Sesiapa yang pernah
berpengalaman berurusan dengan golongan ini, akan faham apa yang diperkatakan ini.
Golongan
ini seakan-akan selesa dengan kemiskinan yang membolehkan mereka mendapat
bantuan orang lain tanpa perlu bekerja keras. Gambaran kehidupan yang miskin
itu seakan mahu mereka jadikan identiti diri bagi membolehkan segala bantuan
yang diminta diperolehi dengan mudah.
Bukan
sedikit, berjuta-juta telah disumbangkan kepada golongan ini. Ada yang berusaha
ke arah yang lebih baik, namun ada yang mengecewakan. Ada yang menerima rumah
yang cantik dan teratur, namun keadaan bertukar tidak terurus bertukar menjadi
kotor beberapa bulan kemudian.
Lalang
dan rumput di keliling rumah tidak dipotong. Sampah-sarap menghiasi dalam dan
luar rumah. Kerjanya hanya bersandar menunggu bantuan. Tubuh masih sihat, tapi
mempunyai pelbagai alasan. Demikianlah kemalasan mencengkam kehidupan mereka.
Kediaman
kita sekalipun lama dan tidak mewah, jika ada kerajinan boleh dibersih dan
dikemaskan. Bahkan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran asas yang sekurang-kurang
dapat menjimat sebahagian belanja dapur. Hari ini, dalam pasu dan tin kosong
pun boleh diusahakan tanaman. Tapi, kalau pemalas, kerjanya hanya tidur dan
duduk saja menunggu bantuan orang menjelma.
No comments:
Post a Comment