Tuesday 20 July 2021

KEGUNAAN POKOK JELAI

 
Pokok jelai termasuk dalam kumpulan rumput. Sekali lihat pokoknya seperti pokok jagung, tetapi daunnya lebih pendek. Pokok ini tumbuh serumpun dan mempunyai batang tegak.

Pokok ini mengeluarkan buah keras dan berlubang di tengahnya. Sebab itu buah jelai juga dikenali buah tasbih kerana ia dicucuk pada tali seperti tasbih. Kanak-kanak dahulu menjadikah buah tasbih menjadi rantai atau gelang mainan.  

Ia berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat bila masak. Ia menjadi hitam apabila tua.

Pokok jelai termasuk dalam kumpulan yang boleh digunakan sebagai herba. Terdapat manfaat atau khasiat boleh digunakan untuk kebaikan kesihatan.

Sakit kepala dan migrin.
– Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman ini selepas suam.

Deman kuning.
– Rebus 15 gram akarnya sehingga air rebusan tinggal setengah. Kemudian, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Di samping itu, pesakit perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.

Batu karang.
– Kira-kira 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 gram bagi mengubati jangkitan pundi kencing dan kencing kotor.

Masalah sendi.
Ambil 30 gram buah yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya semasa sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit . Ia juga menjadi penawar appendiks dan cirit-birit.

Dalam perubatan tradisional Cina, jelai adalah tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk dan berfungsi merehatkan otot, antitumor, penahan sakit, menurunkan kandungan gula dalam darah dan merawat demam.

Ia juga dijadikan ubat bagi merawat cacing. Selain itu, masyarakat Cina juga menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu dijadikan bubur dan sup.

No comments:

Post a Comment